Tuesday, July 04, 2006

Maksud Nama "Muhammad Adam Harraz"

Assalamualaikum...

Kawan-kawan semua mesti nak tahu apa maksud nama Adam kan? Ibu ada kasi tahu Adam yang nama Adam ni maksud dia bagus sangat....

Lagi satu, adalah menjadi kewajipan bagi kedua ibu bapa untuk memberikan nama yang baik kepada anak-anaknya. Pada dasarnya, memberikan nama yang baik kepada anak-anak bukanlah wajib hukumnya. Namun, jika ditinjau dari segi kesan dan akibat yang timbul daripadanya, maka hukumnya akan beralih menjadi wajib secara sendirinya.

Sebelum tu Adam bagi tahu nama penuh Adam dulu...iaitu Muhammad Adam Harraz bin Suffian....

Nama "Muhammad" tu bermaksud "Yang terpuji, di rahmati".....Nama ni Ibu kata Nama Rasulullah kita yang terakhir iaitu Nabi Muhammad S.A.W....Ibu kata, masa Adam dalam perut Ibu (dalam umur 2 bulan) Ayah ada baca satu doa tu....dalam doa tu ada kata kalau anak yang lahir nanti adalah lelaki pangkal nama anak tu kena ada nama Muhammad....sebab tu nama Adam ada Muhammad...lagi pun, Ibu ada cerita kat Adam bahawa ketika kita di alam barzarkh nanti nama Muhammad yang akan dipanggil dahulu mengadap Ilahi....InsyaAllah...

Nama "Adam" pulak bermaksud "Nama Nabi, ikutan, teladan"....Ibu cerita nama Adam ni diambil sempena nama Nabi yang pertama iaitu Nabi Adam A.S.....lagipun senang nak panggil...Ayah kata bila Adam dah masuk sekolah nanti nama Adam yang akan kena duduk depan....biar cepat pandai Ayah kata...InsyaAllah....

Nama "Harraz" pulak bermakna "Yang amat warak"....itulah harapan Ibu dan Ayah terhadap Adam....semoga Adam jadi anak yang soleh...di dunia dan akhirat kelak...Amin....nama ni pun Adam suka sangat...unik dan sedap didengar....Adam harap, dengan nama ini ia akan menggambarkan keperibadian Adam bila Adam dewasa nanti...Amin...

Ibu kata kesimpulan daripada nama Adam ni adalah "Ikutan yang amat terpuji dan amat warak....." Insya Allah...Semoga dengan adanya nama-nama tokoh Islam dalam nama Adam ni dapat mencerminkan diri Adam....Adam nak jadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat sepertimana Rasullullah S.A.W....

Itu sahaja cerita Adam berkaitan maksud nama Adam ni....Sekian, terima kasih...

Sumber rujukan adalah dari buku "Amalan Ketika Mengandung & Setelah Bersalin serta Panduan Menamakan Bayi" (http://www.darulnuman.com/)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home