Wednesday, March 21, 2007

13, 14 dan 15 bulan....




Antara gambar-gambar Adam ketika berusia 13 bulan..Ada gaya macam model....Kalau tengok betul-betul muka Adam mesti nampak bekas merah-merah....itu adalah bekas kena chicken pox.....

Usia 14 bulan....dengan motosikal mainan dan jugak tabung-tabungnyer....


Usia 15 bulan...masa ni kat kampung Perak....Hari Raya Haji...tahun ni ibu buat akikah untuk Adam....
Info Mengenai Akikah
Pengertian akikah ialah sembelihan binatang an'am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.
Hukum akikah ialah sunat muakad bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.
Waktu akikah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdal untuk melakukan akikah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak itu. Sabda Rasullullah s.a.w.: Yang bermaksud: "Setiap bayi itu tergadai dengan akikahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."

0 Comments:

Post a Comment

<< Home